Header Baru Boni Kacak. Eksperimen
by Unknown on January 27, 2014
+1 artikel Header Baru Boni Kacak. Eksperimen →
Jom Putihkan Kulit
by Unknown on July 3, 2013
Senarai blogger terhebat boleh lihat di bahagian kanan sidebar ---->
klik untuk membaca --> http://surewhitebeauty. blogspot.com/
+1 artikel Jom Putihkan Kulit →
Panggilku Arjuna Jalanan.
by Unknown on October 28, 2012
SENARAI BLOGGER HEBAT BOLEH DILIHAT DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI.
Aku sering mengimpikan sesuatu yang indah di dalam hidupku. Baik dari alam kehidupan seharian mahupun alam percintaan. Tetapi semua itu tidak pernah aku kecapi. Aku cuba mengejar semua itu agar kehidupanku seperti orang lain, namun semua itu makin jauh dari capaian tanganku. Aku cemburu melihat kehidupan orang lain. Aku cemburu melihat kehidupan kawan-kawan yang lain. Mereka miliki segala-galanya. Tetapi aku di sini tetap masih seperti dahulu. Tidak ada apa pun yang berubah. Masih sama. Masih diselubungi dengan kekecewaan demi kekecewaan di dalam kehidupan. Makin kuat aku cuba melawan semua tu, makin aku tertunduk menyembah bumi.
Begitu juga denga soal cinta. Dengan keadaan aku yang sebegini, tidak berharta dan juga tidak mempunyai paras rupa yang menarik, rasanya memang tidak akan aku temui cinta ini. Siapa yang mahu hidup bersama dengan seorang yang tidak mempunyai keupayaan dari segi harta. Takkanlah mereka hendak memperjudikan hidup mereka dengan seorang lelaki yang tidak mungkin mampu memberikan mereka sebuah kehidupan yang sempurna. Aku banyak kekurangan. Kehidupanku juga banyak kekurangan.
Mujurlah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang sudi menumpangkan blognya untuk aku jadikan tempat luahan perasaan. Terima kasih banyak-banyak Boni. Tidaklah aku berasa sakit memendam segala rasa seorang diri. Aku bebas untuk meluahkan perasaan bila-bila masa saja. Sekurang-kurangnya.....aku tak berasa diri aku hanya keseorangan sahaja. Dan kepada yang sudi membaca coretan hati dari seorang arjuna yang serba kekurangan ini, cukuplah anda mengenali diri aku sebagai Arjuna Jalanan.
Admin
- ARJUNA JALANAN -
+1 artikel Panggilku Arjuna Jalanan. →
Salam Aidiladha
by Unknown on October 26, 2012
Senarai blogger-blogger hebat boleh lihat di bahagian kanan blog ini -->
Salam Aidiladha buat semua. Semoga raya ini memberi satu kenangan yang terindah buat semua. Aku pula hanya menyambut di rumah seorang diri. Bukan tak nak merayakannya, tapi ada sesuatu perkara yang menyelaputi hidup aku yang membuatkan segala suasana bagaikan suram bagi aku. Baik hari raya aidilfitri, tahun baru, dan segala musim perayaan aku hanya mampu meraikannya di dalam bilik tidur. Semua ni telahpun berlangsung selama dua tahun. Ya. Dua tahun aku hidup tanpa meraikan apa-apa perayaan. Dua tahun aku tidak merasai kegembiraan seperti mana yang dirasai oleh orang lain.
-Admin-
Arjuna Jalanan
+1 artikel Salam Aidiladha →