Showing posts with label arjuna jalanan. Show all posts
Showing posts with label arjuna jalanan. Show all posts

Panggilku Arjuna Jalanan.

by Unknown on October 28, 2012

  SENARAI BLOGGER HEBAT BOLEH DILIHAT DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI. 

     Aku sering mengimpikan sesuatu yang indah di dalam hidupku. Baik dari alam kehidupan seharian mahupun alam percintaan. Tetapi semua itu tidak pernah aku kecapi. Aku cuba mengejar semua itu agar kehidupanku seperti orang lain, namun semua itu makin jauh dari capaian tanganku. Aku cemburu melihat kehidupan orang lain. Aku cemburu melihat kehidupan kawan-kawan yang lain. Mereka miliki segala-galanya. Tetapi aku di sini tetap masih seperti dahulu. Tidak ada apa pun yang berubah. Masih sama. Masih diselubungi dengan kekecewaan demi kekecewaan di dalam kehidupan. Makin kuat aku cuba melawan semua tu, makin aku tertunduk menyembah bumi.

     Begitu juga denga soal cinta. Dengan keadaan aku yang sebegini, tidak berharta dan juga tidak mempunyai paras rupa yang menarik, rasanya memang tidak akan aku temui cinta ini. Siapa yang mahu hidup bersama dengan seorang yang tidak mempunyai keupayaan dari segi harta. Takkanlah mereka hendak memperjudikan hidup mereka dengan seorang lelaki yang tidak mungkin mampu memberikan mereka sebuah kehidupan yang sempurna. Aku banyak kekurangan. Kehidupanku juga banyak kekurangan. 

     Mujurlah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang sudi menumpangkan blognya untuk aku jadikan tempat luahan perasaan. Terima kasih banyak-banyak Boni. Tidaklah aku berasa sakit memendam segala rasa seorang diri. Aku bebas untuk meluahkan perasaan bila-bila masa saja. Sekurang-kurangnya.....aku tak berasa diri aku hanya keseorangan sahaja. Dan kepada yang sudi membaca coretan hati dari seorang arjuna yang serba kekurangan ini, cukuplah anda mengenali diri aku sebagai Arjuna Jalanan. 

Admin
-  ARJUNA JALANAN -